Asas Blockchain & Cryptocurrency

RM20.00
9789671406076
In stock
+

Author: Khaifad

ISBN: 978-967-14060-7-6

Price: RM 20.00 / USD 8.00

Language: Malay

Buku ini adalah untuk memberikan maklumat dan kesedaran tentang dunia baru yang belum ramai di Malaysia ceburi iaitu dunia blockchain & cryptocurrency. Sebelum saya sentuh apa itu BLOCKCHAIN, saya terangkan dahulu apa itu cryptocurrency. Boleh? Sebab blockchain saya akan terangkan dengan lebih terperinci dalam bab seterusnya.

Jadi Cryptocurrency tu apa? Jawapan mudahnya, cryptocurrency ini adalah matawang digital. Bukan dalam bentuk fizikal. Ianya hanyalah nombor/jumlah/nilai dalam sebuah public ledger. Bitcoin adalah matawang digital PERTAMA yang dicipta dengan segala apa tentang blockchain dan cryptocurrency ini bermula dari Bitcoin. Maka tidak salah jika kita buat kesimpulan bahawa Bitcoin adalah IBU kepada segala cryptocurrency yang wujud sekarang ini.

Kenapa Wujudnya Bitcoin? Bitcoin direka selepas kejatuhan ekonomi pada tahun 2008. Masih ingat lagi Subprime Loan Crisis yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008 di mana bank memudahkan sesiapa sahaja untuk memohon pinjaman perumahan? Bila sesiapa sahaja boleh membuat pinjaman, risiko untuk pinjaman itu tidak dibayar adalah sangat tinggi. Ini menyebabkan market crash pada tahun 2008 dan 2009. Nak tahu apa bank pusat (Federal Reserve) buat pada waktu itu?

Mereka 'cetak' lagi banyak wang FIAT (matawang kertas yang kita guna sekarang namanya FIAT) untuk selamatkan bank-bank yang keluarkan terlalu banyak pinjaman kepada mereka yang tidak mampu.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda