Hang Nadim - Laksamana Jihad

RM24.00
978-967-408-117-1
Out of stock

=======================

Hang Nadim Laksamana Jihad.

Penulis : Abdul Latif Talib

ISBN : 978-967-408-117-1

Bil Mukasurat : 280

=======================


Sinopsis

Ini bukanlah Hang Nadim dalam kisah Singapura dilanggar Todak, tetapi ini adalah Hang Nadim anak Hang Jebat. Kisah Hang Nadim yang menentang penjajah Portugis tanpa erti kenal menyerah.

Menurut sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim adalah anak Hang Jebat. Beliau dikurniakan umur yang panjang. Semasa Melaka digempur oleh Portugis, beliau turut sama berjuang mempertahankan Melaka. Selepas Melaka tumpas, Hang Nadim terus berjuang bagi merampas kembali Melaka daripada Portugis. Walaupun Portugis kukuh di Kota A Famosa, serangan demi serangan tetap dilancarkan oleh Hang Nadim demi jihad kepada agama dan tanah air.

Bagaimana akhirnya kesudahan jihad Hang Nadim ini?


Review

Pada mulanya saya sangkakan ini adalah kisah Hang Nadim yang memberikan idea bernas dalam menyelamatkan Singapura yang dilanggar todak.


Namun rupanya ia adalah kisah Hang Nadim, anak Hang Jebat yang juga merupakan Laksamana Melaka semasa Melaka diserang Portugis.


Saya bukanlah peminat subjek Sejarah ketika di sekolah dahulu. Justeru, membaca kisah sejarah begini membuatkan saya seolah-olah baru berkenalan dengan sejarah negeri sendiri. Banyak perkara yang baru diketahui berkenaan sejarah kesultanan Melaka selepas Portugis menjajah negeri itu. Serta bagaimana Sultan Melaka berpindah-randah menyelamatkan diri, membuka penempatan-penempatan baharu.


Apa yang jelas, dalam kebanyakan situasi, kerajaan Melayu dikalahkan kerana berlakunya khianat dalam kalangan rakyat sendiri, bergaduh sesama Melayu dan Islam kerana terpedaya dengan hasutan tanpa usul-periksa. Belajar daripada sejarah. Ambil iktibar daripadanya. -Nor Azzah

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda