Guru Sebagai Pakar

RM40.00
9789674014117
In stock
+

SINOPSIS

Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk melengkapkan para guru dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan kehendak pendidikan semasa yang menuntut agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan tetapi kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan di peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.

Berbeza dengan buku-buku pedagogi yang lain, buku ini mengaitkan kedua-dua aspek teori pendidikan dan strategi pengajaran melalui empat orientasi pengajaran utama. Setiap model dan strategi pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam bentuk dan bahasa yang mudah dibaca, difahami dan diamalkan dalam bilik darjah yang dinyatakan latarbelakang, tujuan, cara perlaksanaan, contoh aktiviti dan limitasi penggunaannya.

Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pendidik yang cintakan kepelbagaian dalam cara penyampaian pengajaran baik di peringkat sekolah rendah, menengah, institut perguruan, mahupun di peringkat universiti.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda