Bahagianya Apabila Puasamu Diterima Allah

Ramadhan sentiasa dirindui oleh para pencintanya. Dapatkan buku untuk mendalami ibadat puasa di bulan Ramadhan. Belilah sekarang!!

RM20.00
978-967-0142-52-4
In stock
+

===============

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-0142-52-4
Tarikh Terbit: 30 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 136
Berat: 0.20 KG

================

SINOPSIS

Ibadat puasa adalah rukun Islam keempat yang wajib disempurnakan sebulan penuh pada setiap tahun.

Orang yang bergelar Islam mesti melaksanakan ibadah ini kerana puasa memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan individu dan masyarakat.

Namun, oleh kerana ada umat Islam sekarang yang menjauhi majlis ilmu, ramai yang tidak faham perihal hal-hal yang berkaitan dengan ibadat puasa, sama ada puasa wajib mahupun sunat.

Bagi mengatasi masalah ini, penulis membahaskan A-Z berkenaan puasa dengan penyampaian yang mudah, praktikal, ringkas, dan lengkap.

Buku ini adalah siri fiqh ibadat ketiga selepas tajuk Bahagianya apabila Hajimu Diterima Allah.



REVIEW 1

Buku ini bakal menjadi inspirasi dan sumber mempersiapkan diri kita bagi menghadapi Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada 6 bab tersemat dan semuanya mudah difahami dan ringkas.

Kita boleh mengetahui hikmah puasa, manfaatnya daripada segi psikologi, sosial dan spiritual bahkan kesihatan. Terdapat pula persoalan-persoalan umum feqah mengenai Ramadan dan Puasa, hukum dan kaifiat.

Yang paling menyeronokkan buku ini memberi saranan bagaimana tindakan kita ingin memperbanyakkan ibadah kita sepanjang Ramadan dengan disertakan fadhilatnya. Turut disisipkan mengenai Lailatul Qadar yang menjadi impian setiap mukmin di bulan Ramadan.

Lengkap, ringkas dan padat ini bakal menginspirasikan Ramadan anda! Helaian yang berwarna dan bergrafik tidak mungkin membosankan anda dan keluarga membacanya. Semoga Allah memanjangkan umur dan rezeki kita bertemu Ramadan tahun ini.



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad)



REVIEW 2

Bahagianya jika Allah menerima puasa kita. Bahagianya kita dapat menegakkan satu daripada tiang-tiang agama selain mengucap syahadah, solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.Tetapi kita perlu menimba ilmu yang benar supaya ibadah itu bertepatan dengan syarak. Naskhah inilah jawapannya.Ilmu daripada buku ini amat lengkap. Bermula dari penerangan tentang latar belakang ibadah puasa hingga ke perkara fiqh tentangnya.Huraian yang diberikan mudah difahami kerana penggunaan bahasa yang ringkas serta diperkukuhkan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih.Susun atur grafiknya juga menarik dan sangat menangkap mata.Naskhah ini secara keseluruhannya menjurus kepada topik berkaitan puasa di Ramadan tetapi ia ada juga menyelitkan penerangan tentang puasa-puasa lain.Topik berkaitan iktikaf, lailatul qadar, zakat fitrah dan solat sunat aidilfitri juga dibincangkan.Antara topik menarik yang disajikan ialah langkah-langkah mengoptimumkan ibadah puasa. Ia merangkumi panduan-panduan peningkatan sudut jasmani dan rohani.Setiap panduan disertakan huraian-huraian dan tips-tips. Diketengahkan juga kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan masyarakat agar boleh diambil iktibar.Buku ini bukan sahaja dijadikan panduan oleh golongan yang wajib berpuasa tetapi boleh dijadikan bahan rujukan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menunaikan ibadah penting ini.



ISI KANDUNGAN

BAB 1. SERBA-SERBI TENTANG PUASA

Definisi

Hikmah Puasa

Keistimewaan Puasa Menurut Islam

Manfaat Puasa daripada Segi Psikologi, Sosial, dan Spiritual

Manfaat Puasa daripada Segi Kesihatan

Perbezaan Puasa dalam Islam dan Puasa dalam Bidang Perubatan

Pendapat Pakar Perubatan berkenaan Puasa

Pelbagai Jenis Puasa



BAB 2. PUASA RAMADHAN

Hukum dan Sejarah Puasa

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Keistimewaan Puasa Ramadhan

Ancaman untuk Orang yang Tidak Puasa Ramadhan

Penetapan Awal Bulan Ramadhan

Perbezaan Tempat Terbit Bulan

Orang yang Melihat Bulan Sendirian

Syarat Wajib dan Sah Puasa

Rukun Puasa

Perkara-Perkara yang Membatalkan Puasa

Sunat-Sunat Puasa

Makruh Ketika Berpuasa

Mubah Ketika Berpuasa

Hal-Hal yang Dimaafkan untuk Orang yang Berpuasa

Puasa Kanak-Kanak

Orang yang Diberi Keringanan Tidak Berpuasa

Kafarah Puasa


BAB 3. LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN IBADAH PUASA (A-Z)

Menyambut Bulan Ramadhan

Niat Puasa pada Malam Hari

Ikhlas Berpuasa

Makan Sahur

Sembahyang Subuh

Membaca Al-Quran

Mendengar Ceramah Agama

Membaca Zikir Pagi dan Petang

Bersukan

Menjaga Kebersihan dan Kesucian Diri

Bekerja

Menjauhi Makan dan Minum

Menjauhi Jimak dan Hal-Hal yang Menaikkan Nafsu

Menjauhi Ghibah (Mengumpat)

Menjauhi Maksiat

Menjauhi Perbuatan Sia-Sia

Mengenali Musuh Manusia dan Tipu Dayanya

Bersedekah

Berakhlak Mulia

Membimbing Keluarga

Memperkuat Persaudaraan Islam

Berdoa

Menjamu Orang Berbuka Puasa

Berbuka Puasa

Sembahyang Terawih

Iktikaf


BAB 4. PUASA-PUASA YANG LAIN

Puasa Wajib Selain Ramadhan

  • Puasa nazar
  • Puasa kafarah


Puasa Sunat

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa 10 hari pertama bulan Zulhijah
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Muharam
  • Puasa hari Tasua’ dan Asyura
  • Puasa Syaaban
  • Puasa pada bulan-bulan haram
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Berpuasa pada ayyamul bidh (hari-hari putih)
  • Puasa daud


Puasa yang Diharamkan

  • Puasa pada dua hari raya
  • Puasa pada hari Tasyriq
  • Mengkhususkan puasa pada hari Jumaat
  • Isteri berpuasa sunat tanpa izin suami
  • Puasa ketika haid dan nifas


Puasa yang Dimakruhkan

  • Puasa sepanjang tahun (wishal)
  • Puasa pada hari Sabtu
  • Puasa sehari ataupun dua hari sebelum Ramadhan
  • Puasa sunat selepas pertengahan bulan Syaaban
  • Puasa pada hari raya orang musyrik


BAB 5. IKTIKAF DAN LAILATUL QADAR

Iktikaf

  • Maksud iktikaf
  • Anjuran iktikaf
  • Hukum iktikaf
  • Waktu iktikaf
  • Tujuan iktikaf
  • Syarat iktikaf
  • Rukun iktikaf
  • Masjid yang sah iktikaf
  • Apakah iktikaf perlu diiringi puasa?
  • Waktu iktikaf
  • Perkara-perkara yang membatalkan iktikaf
  • Sunat dan makruh ketika iktikaf
  • Hal-hal yang dibolehkan ketika iktikaf
  • Hal-hal yang mengurangi kesempurnaan iktikaf



Lailatul Qadar

  • Definisi
  • Keistimewaan lailatul qadar
  • Bila terjadinya lailatul qadar?
  • Apa hikmah dirahsiakan lailatul qadar?
  • Tanda-tanda lailatul qadar
  • Doa pada malam lailatul qadar
  • Anjuran menghidupkan lailatul qadar
  • Bagaimana wanita haid dan nifas menghidupkan lailatul qadar?
  • Iktikaf menanti lailatul qadar



BAB 6. ZAKAT FITRAH DAN SEMBAHYANG AIDILFITRI

Zakat Fitrah

Sembahyang Aidilfitri

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda