Kleptokrasi Bukan Rahmat

RM30.00
9789672007135
Out of stock

Kleptokrasi Bukan Rahmat

Penulis: Faiz Fadzil

Penerbit: ILHAM Books

ISBN: 9789672007135

Muka Surat: 166 pp


Saya mengalu-alukan penulisan oleh tokoh muda ini - Faiz Fadzil - untuk mengajak lebih ramai anak muda pewaris masa depan negara memahami isu ini dan berani meletakkan sauh pendirian mereka kemudiannya. Kita telah dikecewakan sebagai rakyat, oleh watak-watak yang telah menebuk kesejahteraan negara kita untuk satu masa yang panjang menerusi skandal 1MDB ini tetapi masih bersahaja di pentas kuasa. Mereka telah kehilangan kompas moral pada peringkat yang paling kronik. Kita menjadi lebih kecewa andainya rakyat khususnya generasi baru gagal meletakkan kesalahan itu sebuah kesalahan dan masih boleh bertolak ansur atas jenayah sebesar ini. Jenayah kewangan terbesar di dunia abad ini! Bagi pemegang kuasa - jika anda tidak lagi mempunyai sebuah rasa malu - sebenarnya telah dibekalkan kepada setiap insan oleh Tuhan - maka lakukanlah semahu anda!

Datuk Paduka Husam Musa

==========

Faiz Fadzil merupakan seorang peguam yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda LLB dengan kepujian daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan anak kelima kepada Almarhum Dato' Fadzil Noor Presiden PAS (1989-2002). Beliau yang mendapat didikan amali kepeguaman daripada Dato’ Zamani Ibrahim dan peguam tersohor Christopher Fernando banyak terlibat dalam kes litigasi sivil dan jenayah termasuk kes-kes melibatkan hak asasi manusia. Kini beliau menjadi rakan kongsi prinsipal di Tetuan Faiz Fadzil & Co. yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda