Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia: Bagaimana Teknologi Boleh Membantu

RM25.00
9789674305420
Out of stock

Format: Paperback

ISBN-13: 9789674305420
Jumlah Muka Surat : 124

Berat (kg): 0.357

Penerbit: ITBM
Penulis: Husniza Husni & Zulikha Jamaludin


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sinopsis

Perkataan "disleksia" berasal daripada gabungan dua perkataan Yunanu iaitu "dys" yang bermaksud kesukaran atau kesusahan dan "lexis" yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jadi, apabila digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa. Secara literalnya, "disleksia" bermaksud kesukaran dalam berbahasa. Kanak-kanak yang menghidapi disleksia bukan sahaja menghadapi masalah pembacaan, tetapi juga dalam pengejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia pula menjelaskan bahawa murid-murid disleksia ialah murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Buku Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia: Bagaimana Teknologi Boleh Membantu? cuba mengetengahkan ilmu teknologi Pengecaman Percakapan Automatik dalam membantu kanak-kanak yang menghadapi disleksia. Ia jarang-jarang digarap dalam Bahasa Melayu dan tekonologi ini juga sangat kurang dibina dan diaplikasikan untuk Bahasa Melayu. Buku ini menyasarkan pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut konteks perbincangan teknologi ASR dan perkaitannya dengan disleksia dan Bahasa Melayu. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang ingin belajar dan berkecimpung dalam dunia teknologi ASR dan seterusnya berhajat untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Selain ASR, buku ini juga turut memberi informasi dan maklumat menarik tentang disleksia dan masalah pembelajaran mereka untuk dikongsi bersama, terutama kepada ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas disleksia yang terlibat secara langsung dalam pendidikan anak-anak istimewa ini.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda