Misteri Raja Bersiong

RM30.00
9789672394150
In stock
+

Tajuk: Misteri Raja Bersiung

ISBN: 9789672394150
Penerbit: Karya Publika
Penulis : Ibnu Ibrahim At-Tawari
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 365
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.354
Dimensi (cm): 12.7cm x 20.3cm x 1.7cm



Arman, Suzana, Yusri, Laila dan Chakrii Sampron berusaha merungkai misteri Raja Bersiong. Akibatnya mereka terperangkap oleh penjenayah Kumpulan Raja Bertiong yang memakai topeng Raja Bersiong. Raja Bersiong ialah nama gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri Kedah pada masa itu ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria ialah seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh pengawal atau panglima baginda. Raja Ong Maha Deria atau Raja Bersiong ini amat gemar memakan masakan sayur bayam. Pada suatu hari, baginda telah pergi berburu. Tukang masak baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk memasak sayur bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah termasuk ke dalam periuk sayur bayam yang akan dihidangkan kepada Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini dengan masakan yang lain. Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan sayur bayam bercampur darah tadi. Baginda terasa kelainan pada masakan sayur bayam kali ini. Masakannya teramat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya membiarkan baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah manusia. Baginda kemudiannya telah menitahkan pengawal memancung dan membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dimasukkan ke dalam masakan sayur bayam untuk santapan Raja Bersiong. Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah manusia setiap hari. Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil darahnya. Sesudah penjara baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para pengawal untuk menculik kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk negeri berasa sangat marah terhadap baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat apa-apa.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda