Pahlawan-Pahlawan Mamluk

RM24.00
978-967-408-108-9
Out of stock

Format: Paperback

ISBN-13: 978-967-408-108-9

Tarikh Terbit: 23 Sep 2012

Jumlah Muka Surat : 278

Berat (KG): 0.30

Penulis: Mu' Min Jarni


==========================


Tentera mamluk adalah tentera profesional elit yang asalnya seorang hamba. Walaupun mereka adalah bekas hamba mereka boleh menduduki kedudukan yang tinggi. Sejak penggunaan nya oleh Khalifah Abbassiyah pada abad ke-9, ianya terbukti sebagai satu sistem ketenteraan yang efektif dan juga digunakan oleh kesultanan Seljuk dan Ayyubi (diasaskan oleh Salahuddin) sendiri. Mamluk-mamluk yang berkhidmat dengan Kesulatan Ayyubi akhirnya menubuhkan Kesultanan Mamluk yang amat digeruni.


Kanak-kanak lelaki yang kebanyakannya berasal dari timur wilayah Islam seperti Turki dibeli dari pasar-pasar yang menjual hamba dan dilatih oleh institusi ataupun markas latihan. Di institusi tersebut, mereka dilatih dengan ilmu ketenteraan dan juga diajar ilmu lain seperti untuk menerapkan kesetiaan disiplin. Apabila tempoh latihan tamat, mereka akan dibebaskan untuk berkhidmat kepada penaung yang telah membebaskan mereka. Penaung-penaung ini adalah sultan sendiri ataupun emir-emir yang telah membeli atapun memberi latihan kepada mamluk-mamluk ini. Kepada penaung merekalah kesetiaan seorang ataupun sekumpulan mamluk akan dicurahkan. Ada juga mamluk yang tidak dibebaskan tetapi mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk terampil menjadi individu yang mempunyai kedudukan yang tinggi.


Inilah kisah seorang Mamluk yang berjuang demi kepercayaan dan janjinya.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda