Pemikiran Tasawuf Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

RM25
978-967-481-599-8
In stock
+

Tajuk:Pemikiran Tasawuf Syeikh Dr.Yusuf Al-Qaradhawi

ISBN: 978-967-481-599-8
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis:Dr. Mohamad Kamil HJ Ab Majid
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:285
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg):0.410

Dimensi (cm):22.8x15.2x1.2



Kelebihan
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah seorang ilmuan tersohor dalam dunia lslam masa kini. Beliau dikenali sebagai antara ulama yang cuba mengembalikan disiplin ilmu lslam yang pelbagai seperti ilmu kalam, ilmu Figh, ilmu hadith, ilmu tasawuf, dan sebagainya yang terpisah jauh antara satu sama lain. Beliau terkenal sebagai ulama yang mengakui dirinya sebagai tokoh yang memperjuangkan kesederhanaan Islam. Buku ini mengajak pembaca memberikan tumpuan kepada pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam aspek tasawuf yang lebih bersifat amali dan akhlak dan bukan hanya teori dan falsafah. Beliau berpegang pada aliran yang menerima tasawuf bersumberkan disiplin syariah. Tasawuf yang beliau anggap lebih sesuai untuk masyarakat umum dalam kalangan umat Islam. Buku ini juga bagi meletakkan umat Islam pada landasan ilmu supaya tidak keterlaluan mempertahankan tasawuf, dan juga tidak melulu mengkritik tasawuf. Buku ini disusun berdasarkan rujukan buku berautoriti dalam kalangan para sufi seperti Risalah al- Qushairiyah, Ihya Ulumuddin, dan lain lain.



MAKLUMAT PENULIS

Mohamad Kamil Hj. Abdul Majid dilahirkan pada 10 Januarí 1950 di Kg. Kayu Rendang Melor, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi Kota Bharu, ljazah Sarjana Muda Syariah Al-Azhar, Mesir dan Sarjana Teologi dan Falsafah Unlversitl Malaya serta memperoleh doktor falsafah dalam bidang Pemikiran Islam daripada universiti yang sama. Berpengalaman menjadi tenaga akademik, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya selama 35 tahun (1981 hingga 2015). Pernah menganggotai jawatankuasa pakar rujuk Akidah JAKIM dan pensyarah pelawat KUPPU SB Brunei 2015 hingga 2016. Kini, beliau masih dilantik sebagai anggota Majlis Ulama' MAIK sejak 201. Beliau juga adalah pengasas Yayasan Usuluddin Malaysia.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?