PRAMATANG Kelahiranmu Satu Anugerah

Anak itu anugerah Allah buat pasangan manusia. Banyak dugaan yang perlu ditempuh untuk membesarkanya. Berbahagialah bagi ibu bapa yang bersabar...

RM20
978-967-0893-15-0
In stock
+

Format: Paperback

Saiz: 6 " x 8.5”
ISBN-13: 978-967-0893-15-0

Jumlah Muka Surat: 160

===========================

" Pada awal minggu kedua selepas pulang daripada hospital, Akmal pengsan di atas riba saya. Mujur saya ada bertanya juru-rawat, apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya tidak bernafas.

Saya menepuk belakang Akmal dengan kuat sambil menjentik tapak kaki sehingga merah. 12 saat selepas itu, Akmal kembali bernafas dan menangis.

Sepanjang malam Akmal tidur di sisi saya. Saya dekatkan telinga sambil mendengar pernafasannya. Kadang-kadang saya meletakkan jari di hidungnya. Sepanjang malam itu saya tidak dapat tidur kerana risaukannya.

Keesokan hari, saya membawanya melakukan pemeriksaan di hospital. Saya maklumkan kepada doktor apa yang berlaku. Doktor menjelaskan, situasi tersebut dikenali sebagai "APNEA". Sindrom yang sering dialami oleh bayi pramatang.

Akmal ditahan di wad selama dua hari untuk pemantauan.”

-Siti Nur Balquis Binti Hasmi-

(Ibu Bayi Pramatang)

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan