Rahsia Misteri Bangsa Melayu

RM38.00
9789672278283
In stock
+

Buku ini membicarakan mengenai orang Melayu yang meliputi 7 bab iaitu Budaya, Senjata, Mistik, Mitos, Perubatan Melayu, Kerajaan dan juga Pengetahuan Melayu. Sudah tentu risalah yang kecil ini tidak mampu memuatkan semua mengenai Melayu namun saya memilih beberapa perkara yang pada saya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Perubahan zaman turut membawa perubahan kepada orang Melayu dan diharapkan risalah kecil ini mampu membawa kedepan sedikit sebanyak khazanah pengetahuan Melayu yang pernah mewarnai dunia nenek moyang kita pada suatu masa dahulu. Banyak ilmu-ilmu lama orang Melayu pupus bersama dengan peredaran zaman seperti ilmu menjinakkan gajah dan sebagainya. Itu merupakan perkara yang bagi saya cukup dikesalkan. Nasib baik ada penulis-penulis kita yang mengangkat kembali pengetahuan lama ini agar dapat dibaca semua oleh orang kita sebagai salah satu cara menambah gedung pengetahuan.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda