Tafsir Al Azhar ( Set Lengkap 30 Juzuk)

List price: RM750
RM700
You save: RM50 (7%) Save 7%
In stock
+

* Softcover & tiada kotak khas

* Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci

* Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci

* Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman

* Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci

* Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan.

* Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

1. Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.

2. Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu.

Anak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh,

Tertegun Kapal di Lautan, .Datang Angin Berlayar Jauh.


3. Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

4. Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.



TAFSIR AL-AZHAR, KARYA MONUMENTAL ULAMA 10 DALAM 1

HAMKA, ULAMA MELAYU, BERSTATUS ENSIKLOPEDIK, ULAMA 10 DALAM 1

Seorang pengkaji Buya Hamka bernama Ustaz Zahiruddin Zabidi menyatakan bahawa Hamka adalah antara ulama yang dianggap berstatus Eksiklopedik ataupun Mausu’i. Mengapa?

1. Beliau menguasai pelbagai disiplin ilmu walaupun beliau tidak pernah mendapat latar pendidikan tinggi secara formal.

2. Beliau banyak merantau mencari ilmu di Indonesia dan pernah merantau ke Mekah bagi mencari ilmu sambil menunaikan haji pada tahun 1927 iaitu pada usia 19 tahun.

3. Hamka digelar Ulamak Ensiklopedik kerana menguasai pelbagai bidang ilmu dengan cemerlang.

4. Beliau seorang SEJARAWAN dan antara karyanya yang hebat dan dirujuk sehingga hari ini adalah Sejarah Umat Islam.

5. Beliau juga seorang AHLI POLITIK dan pernah memenangi pilihanraya Indonesia pada tahun 1955 dan menduduki Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Indonesia.

6. Beliau juga seorang PENULIS dengan ratusan karya penulisan antaranya falsafah hidup (1939), tasauf moden (193) dan yang monumental adalah tafsir al-Azhar (1965).

7. Beliau juga seorang BUDAYAWAN dengan kebijaksanaannya dalam menulis karya kreatif yang terkenal sehingga ke hari ini, puisi, madah dan kebudayaan melayu terutamanya Minangkabau dalam karyanya, adat Minangkabau menghadapi revolusi.

8. Beliau juga seorang ULAMA yang diiktiraf sehingga menjadi pengerusi pertama Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975. Beliau juga diiktiraf dunia apabila menjadi orang melayu pertama diberikan gelaran Ustadzyah Fakhryyah (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Al-Azhar pada tahun 1958 dan Prof. Dr. Hamka dari UKM pada tahun 1974.

9. Beliau juga seorang SASTERAWAN dengan deretan novel yang dibaca sehingga sekarang antaranya Di bawah Lindungan Kaabah (1936), Tuan Direktur (1939), Merantau ke Deli (1940) dan yang paling terkenal adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)

10. Beliau juga seorang EDITOR, PENERBIT, WARTAWAN bagi majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

11. Beliau juga seorang PEJUANG KEMERDEKAAN sehingga mendapat gelaran “Pangeran Wiroguna” oleh pemerintah Indonesia.



TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL

Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?

1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.

2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.

3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.

4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.

6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.

7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.

8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan