Travelog Pencinta Buku

RM39.00
9789671720028
In stock
+

Travelog Pencinta Buku

Author: Shaharom TM Sulaiman & Mohammad Fazli Baharuddin

ISBN: 978-967-17200-2-8

Price: RM 39.00 / USD 15.00 (colour)

Pagination: 254 pgs.

Dimension: 230 mm x 152 mm ( 9' x 6')

Language: Malay


Dunia pencinta buku adalah suatu dunia yang cukup mempesonakan dan amat mengasyikkan. la ibarat kenikmatan yang sukar diekspresikan tetapi kelazatannya amat dirasakan, dalam diripencinta buku atau bibliofil.

Dalam diri bibliofil terkumpul tiga (3) sifat luar biasa yang merupakan identiti personaliti seorang pencinta.buku. la merupakan pengamal budaya membaca yang tinggi. Pembeli atau pemburu buku yang luar biasa. la juga merupakan pengumpul buku atau bahan bacaan yang akhirnya mempunyai perpustakaan peribadinya sendiri.

Sifat-sifat itu akan mewarnai kehidupan mereka dan akan membawa mereka ke mana saja untuk membeli buku atau memburu buku-buku nadir, buku edisi khas, asalkan ia dimiliki.

Inilah travelog yang amat mengasyikkan. Travelog pencinta buku ialah travelog yang unik di mana buku atau bahan bacaan menjadi destinasi dalam travelognya. Tentu sekali banyak kisah manis, lucu. sedih yang menghiasinya dan memperkayakan pengalaman indah pencinta buku. Pengalaman ini ibarat memburu ilmu yang tiada noktah dihujungnya. Inilah travelog yang sebenarnya.

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda