Ulama Hadis: Makhluk Asing Dari Bumi

RM20.00
978-967-481-177-8
In stock
+

===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-177-8

Jumlah Muka Surat: 233
Berat (Kg): 0.242

Penulis: Kamilin Jamilin, Ph.D
===========================


Sinopsis

Buku ini menghimpunkan 60 kisah unik & luar biasa para ilmuwan Islam khususnya para ahli hadis (muhaddithin). Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.

Antara kisah yang menarik di dalam buku ini:

- Imam Al-Bukhari sentiasa bersedia untuk berperang?

- Imam Al-Syafie sudah mampu memberikan fatwa seawal umur 18 tahun.

- Abu Hatim Al-Razi berjalan kaki lebih 7,000KM demi ilmu.

Jika kita soroti sejarah kehidupan para ulama terbilang, nescaya kita akan menemui pelbagai sumber tenaga ajaib yang mampu memberi kita kekuatan untuk terus beramal soleh dengan penuh konsisten.

Kisah-kisah hidup mereka bukanlah sesuatu yang di luar batas kemampuan normal manusia ataupun disebabkan karamah khas anugerah Allah. Namun, "keajaiban" tersebut adalah hasil daripada kesungguhan, tekad, keluhuran hati, sikap dan usaha luar biasa yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.

Buku ini juga mengupas sisi yang berbeza tentang sikap dan kehidupan para ulama hadis yang juga manusia biasa. Mereka tidak maksum daripada kekurangan sebagai manusia biasa.

Buku ini ditulis berpandukan rujukan daripada lebih 40 buah sumber biografi para ilmuwan Islam seperti Siyar A'lam Al-Nubala' karangan Al-Dzahabi, Syarafu Ashab Al-Hadith karangan Khatib Al-Baghdadi dan pelbagai sumber rujukan lagi.

Keunikan kisah-kisah ulama yang menakjubkan ini akan menimbulkan persoalan dalam diri, "Adakah mereka ini manusia biasa seperti kita, ataupun mereka ini sebenarnya makhluk asing dari bumi?".

Penulis adalah Ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, Dr. Kamilin Jamilin. Beliau adalah ahli termuda dalam Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan.



Isi Kandungan

Cerita 1

GENGGAMLAH TANGANKU KETIKA AKU MELIHAT SAKARATUL MAUT

Cerita 2

AKU DIUJI DENGAN POPULARITI

Cerita 3

BETAPA IKHLASNYA MEREKA DALAM BERAMAL!

Cerita 4

AZAM & TEKAD ABU AL-QASIM AL-ZANJANI

Cerita 5

KEMPUNAN MAKANAN KEGEMARAN DEMI BERKEJARAN KE KELAS HADIS

Cerita 6

KEGIGIHAN ABU HATIM AL-RAZI DALAM MENUNTUT ILMU YANG MEMPERSONA!

Cerita 7

DARIPADA PENYAIR KEPADA ILMUWAN TERSOHOR DUNIA!

Cerita 8

KESUNGGUHAN SA'ID BIN JUBAYR MENCATIT ILMU

Cerita 9

KERANA SATU HADIS

Cerita 10

AURA AHLI HADIS!

Cerita 11

JIKA AHLI HADIS DAHULU MASIH LAGI HIDUP LAGI KINI, APAKAH KEWARGANEGARAAN MEREKA?

Cerita 12

KISAH TAUBAT AL-QA'NABI & FUDHAYL BIN 'IYADH

Cerita 13

MEMERAH KERINGAT DEMI MENGKAJI SATU PERAWI

Cerita 14

KELANTANGAN MUGHLATAY DALAM MENGKRITIK GURUNYA AL-MIZZI

Cerita 15

AL-DZAHABI DIKECAM MURIDNYA SENDIRI

Cerita 16

AL-BUKHARI: KANAK-KANAK 11 TAHUN YANG MEMPERBETULKAN KESILAPAN GURUNYA

Cerita 17

SIKAP EGO 'ALI BIN 'ASIM BIN SYUHAYB AL-WASITI

Cerita 18

BAHAYA AGAMAWAN PENGLIPUR LARA!

Cerita 19

KEJAHILAN PARA PENGLIPUR LARA

Cerita 20

KEENGGANAN SYU'BAH BIN AL-HAJJAJ MENYAMPAIKAN HADIS KEPADA GOLONGAN PENGLIPUR LARA

Cerita 21

MAJLIS ILMUWAN HADIS ZAMAN DAHULU DIHADIRI LAUTAN MANUSIA!

Cerita 22

MENYANGGAHIKU PETANDA KURANG BERMARUAH!

Cerita 23

NU' AYM BIN HAMMAD TIDAK MALU MEMPERBETULKAN KESILAPANNYA SECARA TERBUKA

Cerita 24

JANGAN BERDEBAT DENGAN AHLI HADIS!

Cerita 25

CABARAN ABU HATIM AL-RAZI

Cerita 26

AL-DZUHLI PEWARIS AL-ZUHRI

............................................


Ulasan

Buku yang penuh dengan cerita ulama hadis. Lepas baca buku ini, terasa sesuatu yang luar biasa dalam kisah-kisah buku ini. Patutlah, ada 60 kisah luar biasa tetapi benar dalam buku ini!

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda