#fastabiqulkhairat: BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR KEBAIKAN

Dalam konteks kemanusiaan, sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan mereka berhak dihargai.

RM38.00
In stock
+

TAJUK: #fastabiqulkhairat Berlumba-lumba Mengejar Kebaikan

PENULIS: Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz

TERBITAN: YADIM

ISBN: 978 967 5128 50 9

================================================


SINOPSIS:

Dalam konteks kita mengatakan keperluan mengejar kebaikan adalah salah satu cabang dalam konsep Rahmatan lil alamin yang digunakan oleh Malaysia Baharu kini. Kita mengimpikan sebuah negara yang meraikan semua insan sebagai tonggak komuniti negara. Kita mahu memperlihatkan Islam sebagai satu agama rahmah di mana semua bangsa dapat bernaung di bawah sebuah negara yang mengangkat nilai-nilai murni.

Kita semua perlu menjadikan kebaikan sebagai satu budaya. Kita mengamalkan, menerap dan menyuburkan budaya yang mulia di kalangan semua komuniti bangsa.

Pada masa yang sama, ini merupakan satu formula yang dicari dalam menyelesaikan isu perkauman yang menyebabkan ada kelompok menghina bangsa selain bangsa Melayu Islam. Ya, kita mahu mengangkat Melayu Islam sebagai bangsa yang tinggi, namun ia mesti bermula dari akhlak yang kita tunjukkan. Agar bangsa lain terpaut dengan keindahan dan kesejahteraan agama kita.

Kita mahu menjadikan prinsip maqasid syariah (تحقيق المناط) sebagai satu perkara yang mendahulukan “Yang Utama” (فقه الأولويات). Kesemua pendekatan prinsip-prinsip kefahaman kepada makna Islam ini menjadi jambatan berkesan untuk memahami antara ideal dan realiti sebagai satu formula yang agung dan menyelesaikan semua isu yang berlaku.

Buku ini juga tiba dalam suasana orang melihat Islam tidak lagi sejahtera. Maka konsep fastabiqul khairat ini akan dapat membawa satu formula baru yang mampu memberi impak kepada usaha ke arah Malaysia Baharu.


ISI KANDUNGAN:

KATA PENGANTAR

PRAKATA

PENGHARGAAN


PENGENALAN

Kerangka Fastabiqul Khairat

Ruang Lingkup Al-Khairat

Menyegerakan Seruan Al-Khairat

Mengapa Perlu Berbuat Baik?

Fastabiqul Khairat: Seruan Istimewa


BAHAGIAN 1: HIKMAH DALAM AL-KHAIRAT

Tugas Nabi Dan Rasul

Apa Itu Hikmah

Siapa Yang Menentukan Kebaikan

Al-Khairat Dari Sudut Pandangan Islam

Kesimpulan


BAHAGIAN 2: PERSAINGAN DAN PERLUMBAAN ANTARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Hubungan Tegang

Hubungan Damai

Persaingan Dan Perlumbaan

Kesimpulan


BAHAGIAN 3: PERHUBUNGAN MANUSIA

Hubungan Sesama Manusia

Sebarkan Salam

Salam Yang Dilarang

Menjamu Makanan

Membina Hubungan Silaturahim

Kesimpulan


BAHAGIAN 4: ORANG YANG LALAI MENGEJAR KEBAIKAN

Hak Manusia Dan Agama

Tuntutan Menjaga Anak Yatim

Tuntutan Memberi Makan Kepada Si Miskin

Orang Yang Lalai Dalam Ibadat

Menunjuk-Nunjuk Yang Dibenarkan

Kesimpulan


BAHAGIAN 5: MEMBINA TAMADUN DAN ILMU

Pembinaan Ilmu Dan Akal

Pembinaan Akal Si Faqih Dan Jiwa Si Sufi

Pembinaan Tamadun

Pembinaan Pemikiran Era Salaf

Kesimpulan


BAHAGIAN 6: ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA BERFIKIR

Akal Tahu Baik Dan Buruk?

Hujah Para Ulama

Peranan Wahyu Dan Akal

Kesimpulan


BAHAGIAN 7: PENENTUAN DAN KEBEBASAN

Kebebasan Perlakuan Seorang Manusia

Kebebasan Kepada Perlumbaan

Tuntutan Mengejar Kebaikan

Cabaran Mengejar Kebaikan

Hormati Manusia Sebagai Manusia

Kesimpulan


BAHAGIAN 8: SEMUA PIHAK MENGEJAR KEBAIKAN

Usaha Mengejar Kebaikan Sesama Kumpulan Islam

Usaha Mengejar Kebaikan Sesama Ahli Politik

Usaha Menegakkan Hujah

Usaha Memberikan Kefahaman

Kesimpulan


BAHAGIAN 9: MENGEJAR KEBAIKAN DENGAN BUKAN ISLAM

Kebaikan Terhadap Bukan Islam

Apa Yang Boleh Dilakukan

Hujah Yang Membolehkan Berbuat Baik Kepada Bukan Islam

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan

Boleh Atau Tidak Boleh?

Kebaikan Dan Hidayah

Kesimpulan


PENUTUP


6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?

Buku Ini Sesuai Untuk Anda