KOMBO: 200 TIP GAYA RASULULLAH

List price: RM48
RM40
You save: RM8 (17%) Save 17%
KOMBO40
In stock
+

Dalam kita berusaha menegakkan sunnah, perkara utama adalah kita mengenal dahulu Rasulullah s.a.w., dan satu daripada perkara untuk mengenal baginda adalah kita menyusuri perbuatan dan amal dalam kehidupan sehariannya.

Penulisan pada kali ini adalah satu usaha untuk menyebarkan kembali gaya hidup junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita dapat bersama-sama beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.


==========================


Buku 200 Tip Berhibur Gaya Rasulullah s.a.w. ini menyajikan bagaimana cara berhibur yang benar menurut Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur, malah ia diharuskan.

Hiburan membantu manusia untuk menjadi lebih tenang apabila berhadapan dengan situasi tegang akibat daripada masalah harian yang ditanggung.

Namun, hiburan ada batasnya yang perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan Islam dilanggar, maka sesuatu hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada haramnya hiburan itu.


*********************


Buku 200 Tip Bijak Komunikasi Gaya Rasulullah memberi kita pendedahan tentang cara berkomunikasi yang baik menurut Rasulullah s.a.w.

Buku ini memuatkan sebanyak 4 bab yang terdiri daripada kaedah Rasulullah s.a.w. berkomunikasi dengan sahabat, komunikasi sebagai seorang pemimpin, komunikasi dengan kanak-kanak dan wanita, dan juga komunikasi dakwah berpengaruh baginda.

Buku ini dapat membantu kita dalam memperbetulkan gaya komunikasi kita dalam kehidupan seharian supaya tidak menjerumuskan kita ke lembah dosa kerana mulut yang petah berbicara.


**********************


Buku 200 Tip Memimpin Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita gaya kepimpinan bermula dari diri sendiri, seterusnya keluarga, organisasi dan akhir sekali masyarakat.

Setiap orang wajib memimpin sekurang-kurang memimpin diri sendiri. Kehidupan ini tidak boleh lari daripada memimpin.

Buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita memimpin berdasarkan 40 hadis Rasulullah s.a.w.


***********************


Perniagaan yang dijalankan Rasulullah s.a.w. atas dasar kejujuran dan reputasi akhlak yang mulia, ramai yang menjadikan baginda sebagai rakan kongsi dalam perniagaan termasuklah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda sendiri.

Khadijah mengahwini Rasulullah s.a.w. juga kerana terpesona dengan akhlak yang mulia baginda ketika menjalankan perniagaan.

Berbekalkan akhlak terpuji ketika berniaga, baginda menjadi usahawan yang berjaya dan disegani oleh masyarakat arab. Sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu Al-Amin (yang dipercayai).


*************************


Buku 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang bagaimana ingin menjadi bakal pasangan, suami isteri, ibu bapa, anak serta keluarga mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah s.a.w.

Buku ini memberi menyediakan 200 tip yang praktikal dalam menuju ke arah pembentukan keluarga bahagia gaya Rasulullah s.a.w.

Buku ini juga menyediakan 40 hadith sahih dan hasan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan dalam membina keluarga yang dekat dengan redha Allah s.w.t. juga sunnah Rasulullah s.a.w.


**************************


Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang ganjaran solat, mudahnya solat dan rajin solat mengikut gaya Rasulullah. Solat adalah perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam.

Solat terbahagi kepada dua, iaitu solat fardu dan solat-solat sunat. Solat fardu adalah rukun Islam yang kedua. Ibadah solat ini sukar dilakukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia ibadah yang berat.

Buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita mudah dan rajin solat berdasarkan 40 hadith sahih.


**************************


Amat berbaloi jikalau anda memiliki kesemua koleksi buku-buku ini....

6) Lampirkan bukti pembayaran anda kepada [email protected] untuk tujuan pengesahan

Anda Mencari Produk Yang Lebih Kurang Sama?